Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 9

“ Sayang, nak sikit!” aku merenung nasi goreng kampung yang sudah setengah menjadi santapanku. Err, dia nak ni ke? Aku menolak pinggan aku kearahnya. Aku menjongketkan kening sedikit ketika dia memandang aku pelik. Aihh, tadi nak sangat. Aku dah bagi tak nak pulak ambil. “ Kenapa tak ambil? Kan saya dah bagi tu.” Dia menggeleng. Adehh, dia ni kenapa pulak? Nak buat hal pulak kat sini. Aku mengambil air yang telah ku order lalu menghirup sedikit. “ Suapkan.” Sepatah perkataan itu membuatkan aku tersedak. Pasangan yang berada di meja sebelah hanya memandang. Aisehh, malunya aku! “ Awak ni kenapa?! Nak makan, makan la sendiri” kataku perlahan agar tidak didengari oleh orang yang berada di sekeliling tapi aku tahu cukup kuat di pendengaran suaminya itu. “ Tak nak! Abang nak sayang suapkan. Sesudu pun jadi la. Kalau sayang degil jugak abang…” belum sempat habis kata – kata suaminya aku memotong “ Okay, saya mengalah. Nah!” Naufal tersenyum. “ Thanks!” “Anyway, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” aku dapat lihat perubahan riak suamiku apabila aku mengajukan soalan tersebut. “sayang betul nak tahu ke?” Tanyanya soalan bodoh. “ mesti lah nak tahu! Kalau tak nak tahu tak adalah saya tanya” jawabku dengan reaksi menyampah. Naufal tertawa kecil “ Ouh, boleh! Tapi, dalam kereta nanti la. Kat sini tak private la” “ Hah! Kenapa?” tanyaku teruja sambil menoleh kearahnya yang sedang memandu. Kereta itu sedang meluncur laju membelah jalan raya yang tidak diketahui hendak ke mana. “ Kenapa apa?” Tanya Naufal buat – buat tidak tahu. “ Hishh..Soalan yang saya tanya kat restoran tadi laa” Naufal yang tidak tahan melihat muka sedih isterinya itu membuka mulut “ Nanti abang bagitau dekat tempat special nanti!” katanya sambil memberikan senyuman penuh makna “ Eh, bukan tadi ke tempat specialnya?” tanya aku blur. Dia tergelak besar. Apa lah isterinya ni. Times Square tu tempat istimewanya? Haihh.. isterinya itu pandai berfikir ke tidak? Setakat pergi situ. Hari – hari orang boleh pergi daaa.. “ Bukanlah!” “ Habistu dekat mana?” Naufal menggeleng. Dah nama pun special. Mesti la tak boleh bagitau! Kereta itu masuk ke perkarangan sebuah rumah elit mewah. Eh, rumah siapa pulak ni? Kawan dia ada buat birthday party ke? Macam tak logik la pulak. Senyap sunyi je rumah ni. Abistu, dia buat apa kat sini? Hatinya mula menerjah kerisauan. Dia menoleh ke sebelah. Lelaki itu mengisyaratkan supaya keluar. Dengan teragak – agak kakinya berjalan menuju kea rah pintu di mana suaminya tercegat. Dilihat suaminya itu dengan selamba membuka pintu rumah tersebut lalu menundukkan dirinya bagi memberi laluan suapaya isterinya itu masuk. Ala – ala princess pulak! Sebaik sahaja kakiku mencecah masuk ke rumah itu. Lelaki itu berteriak. “Welcome to our new house, sayang!” ujar lelaki itu sambil mendepakan kedua belah tanganya. Err. New house? Our? Rumah aku? Rumah dia? Rumah KITA? Aku bingung. “ Ni rumah baru kita la sayang” aku ternganga. Mak aihh.. rumah besar gila! “Jom, masuk” Naufal menarik tangan isterinya yang kelihatan terkaku memandang rumah tersebut. Hiasan dalam rumah itu sungguh menarik. Dengan perabotnya disusun kemas. Rumah itu juga ada 3 bilik di tingkat bawah, 3 bilik di tingkat atas. Sepanjang perjalanan untuk meneroka rumah tersebut bersama suaminya, kelihatan bersusun gambar mereka ketika majlis akad nikah dan persandingan di dinding. “Saya nak bilik ni!” ujarku teruja sambil menunjukkan sebuah bilik yang bercorakkan seperti angkasa lepas. Naufal mengerutkan dahinya. “ Bilik ni kecil la,sayang. Bilik kita dekat sebelah.” Aku terkejut. Kita? Aku sebilik dengan dia? Aku tergelak besar. Pelik Naufal melihat tingkah laku isterinya. “ Nope. I don’ t wanna to share bedroom with you. This bedroom is mine and next to mine is yours.okay?” “ Tak..Tak abang tak setuju! Suami isteri kena satu bilik!” ujarnya tegas. Aku buat muka minta pelempang. “I don’t care! Saya tak kongsi bilik dengan awak” Naufal mengeluh sambil meraup rambut spikenya ke belakang. Asal degil sangat isterinya ni? Haihh.. nak tawan hati isterinya ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. “ Dah, bye! Saya nak tidur sekejap” kataku sambil membawa kaki melangkah ke arah bilik pilihanku. Niat sebenar di hati ingin melarikan diri. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Akhirnya, dia terlelap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan