Khamis, 25 September 2014
Crush Bertukar Menjadi Suami 5
“ masa ni pulak tayar kereta nak pancit. Apa aku nak buat ni?” aku gelisah. Tanganku setia memegang payung untuk melindungi diri dari hujan yang lebat. Aku duduk mencangkung di tepi tayar sebelah kiri bahagian depan. Macam mana nak tukar tayar. Dia merenung tayar spare yang berada di sebelahnya. Bersusah payah dia mengeluarkan dari boot kereta dengan hujan lebat lagi. Last – last tak tahu tukar. Hurm, sia – sia je.aku mulai takut. Jam di tangan menunjukkan pukul 9:30 malam. Tak ada pulak kereta lalu – lalang kat sini. Aku memejam mata. Berserah kepada Allah
“ err..cik? cik tak apa – apa ke? Tayar pancit ke?” suara itu mengejutkan aku lantas berdiri tegak merenung kea rah seorang pemuda yang berada di depannya kini. Terkedu aku melihatnya. Setelah 7 tahun tidak berjumpa dengannya dan sekarang? Di tengah – tengah hujan lebat. Aku berjumpa dengannya semula?
“Ad.,Adry awak ke ni?” suaranya bergetar menuturkan kata – kata itu. aku tidak membalasnya. Peristiwa 7 tahun lepas kembali terlayar di depan mata bagaikan satu video. Aku menggelengkan kepala.
“Adry saya tahu ni awak! Kenapa dengan kereta awak ni, sayang? Tayar pancit ke?” tanya Naufal lembut sambil merenung ke dalam anak mataku. Aku tersenyum sinis. Pergi jalan la dengan sayang kau tu. Tapi, dalam keadaan kini dia tidak boleh ego lagi. Dia betul – betul memerlukan bantuan.
“ a..awak tahu tak tukar tayar?” tanya aku sambil merenung dirinya yang sudah basah kuyup dimandikan dengan air hujan. Naufal tersenyum senang mendengar suara itu. hampir 7 tahun dia merindui suara gadis itu. walaupun kedengaran dingin suara itu sekurang – kurangnya gadis itu masih mahu bercakap dengannya.
“tahu la. Mari sini saya tolong awak.” Dia kemudiannya mengeluarkan alat – alat untuk menukar tayar dari dalam keretanya dan terus menukar tayar kereta aku. Ketika dia sedang menukar tayar kereta, aku tidak sampai hati melihat keadaannya yang memang basah kuyup tahap tak ingat tu. Aku bergerak perlahan menuju kearahnya. Aku sanggup berkongsi payung dengannya. Walaupun, payung itu agak kecil untuk memuatkan 2 orang. Aku rela diriku basah sedikit daripada pemuda itu yang basah kuyup. Dia mendongak kearah ku yang sedang berdiri di sampingnya dan menghadiahkan senyuman yang paling manis.
“thanks..” ucap pemuda itu lembut dan kembali menyambung kerjanya. Aku berpaling kearah lain. Tangan kiri ku diletakkan di dada kanan ku sambil menahan kesakitan yang melanda disebabkan lelaki itu.
“ okay. Dah siap!” dia mengemaskan peralatannya dan berdiri menghadapku. Disebabkan kami masih berkongsi payung. Jarak kami memang agak dekat. Terasa kekok apabila pemuda itu merenungnya tidak habis
“err..thanks. sebab tukarkan tayar kereta saya. Kalau taka da awak apa lah jadi nasib saya. Tak tahu macam mana nak balas jasa awak ni” aku tertawa kecil tapi plastic. Sungguh , aku rasa kekok sekarang ni.
“senang je awak nak balas jasa saya. Just, maafkan saya?” ucap lelaki itu . pemuda itu mengeluh apabila melihat wajahku berubah riak.
“Tak apa kalau awak tak nak maafkan saya sekarang. Tapi saya nak awak tahu. Awak sentiasa berada didalam hati saya selamanya” dia kemudiannya melangkah meuju ke keretanya dan mula bergerak. Aku terkedu dengan tindakannya cepat – cepat tersedar dan melangkah ke kereta kemudiannya balik ke rumah
“Apa? Kahwin?!” jerit aku.
“ ya, kahwin. Dan majlisnya akan berlansung 2 bulan dari sekarang” ucap ayahku tenang. Aku sudah terduduk. Apa semua ni?
“siapa pengantin lelakinya, ayah?” tanyaku sedikit berharap
“ itu ayah tak boleh beritahu. Ini atas permintaan pihak pengantin lelaki sendiri. Adry akan tahu masa akad nikah nanti. Jangan risau sayang, ayah takkan pilih suami Adry yang bukan – bukan. Lelakinya beriman,sayang. Terima je la ye?” aku melihat wajah ibu dan ayah yang sangat berharap membuatkan aku tidak ada pilihan lain selain daripada mengangguk. Ibu bapaku tersenyum gembira
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan