Khamis, 25 September 2014
Crush Bertukar Menjadi Suami 2
1 tahun berlalu ..
“Adryana!” jerit satu suara. Aku terus berpaling. Kelihatan guru kelasku yang memanggil namaku. Aku yang ketika itu hendak menuju ke perpustakaan sekolah terpaksa berpatah balik menuju ke cikguku.
“Ye, kenapa cikgu panggil saya?” tanyaku dengan berhemah. Huh, kalau dengan kawan aku, aku cakap macam ni. Mahu 3 hari 3 malam tak habis – habis gelakkan aku. Skema maut woo..
“ Awak boleh tolong saya tak? Tolong panggilkan anak saya” ucap guru kelasku.
“ Eh, anak?” tanyaku pelik. Masa bila pulak cikgu aku ni ada anak kat sini?
“ Ye, anak. Takkan awak tak tahu kut? Namanya Amirul Naufal. Kelas Tingkatan 4 Aktif. Sebelah kelas awak je. Awak tak tahu ke saya ada anak kat sini?” tanya guru kelasku kembali sambil tersenyum.
“a..anak cikgu, Naufal tu? Err.. yang nakal tu eh?” aku terus menutup mulut. Lailai~ asal boleh terlepas cakap pulak ni? Cikgu Lydia merangkap mak kepada crush aku tu ketawa kecil.
“Tak pe la Adry.. nak buat macam mana? Dia tu memang nakal. Saya tak tahu nak ajar macam mana lagi dia tu. Susah betul! Saya harap sangat ada seseorang yang boleh ubah dia. Haihh.. kalau perangai dia ni terbawa – bawa sampai besar nanti, ada ke yang sudi nak jadi isteri dia nanti ?!” rungut Cikgu Lydia. Aku hanya tersengih,
“ cikgu, seteruk – teruk seseorang manusia itu pun, dalam dirinya pasti ada niat untuk berubah kea rah kebaikan cikgu. Saya yakin anak cikgu pun pasti ada niat itu juga. Maybe, belum sampai masanya untu berubah?” ujarku panjang lebar. Cikgu Lydia tersenyum.
“ kan bagus kalau awak boleh ubah perangai dia” kata Cikgu Lydia perlahan penuh makna. Melihat gurunya seperti mengelamun, dia segera beredar untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh gurunya tadi. Oh, my crush. I’m coming!
1 tahun berlalu ... ( tahun SPM )
Kini, genap 2 tahun aku menyimpan perasaan terhadap crush atau lebih tepat Naufal! Aku mengeluh. Bila agaknya, aku dapat betegur – sapa dengan dia eh? Hari – hari asyik pandang dari jauh je. Bosan la..
“ Syiffa, singgah kelas jap! Aku nak ambil buku la. Tertinggal la pulak”
“ kau ni. Asyik tertinggal barang je. Cepat sikit! Nanti lambat.” Aku hanya tersengih.
Sampai di mejaku. Aku segera menyelongkar beg aku untuk mengambil buku yang dikehendaki. Eh, mana bukunya? Aku kan dah masukkan beg pagi tadi? Waa. Buku kau jangan nak buat hal sekarang boleh? Dah la cikgunya garang gila bapak! Tak bawak buku. Ketuk ketampi 30 kali di depan kelas. Tak siap kerja sekolah berdiri kat luar kelas sampai habis waktu dia mengajar. Wei, sumpah aku tak sanggup! Aku menyelongkar lagi. Tak ada! Ada orang curi ke? Aku pandang sekeliling kelas yang kosong tiada penghuni selain aku. Kawan aku tu tengah tunggu kat luar. Nak check satu – satu beg? Mana sempat wei!
“ Awak cari buku ni ke?” satu tangan menghulurkan sebuah buku. Aku terkedu. Suara tu! Aku kenal suara tu. Perlahan – lahan aku mengangkat kepala melihat pemilik tangan itu. aku menelan liur. Nak pengsan sekarang boleh? Mataku membulat melihat wajah kacak yang berada di depan aku sekarang.
“ saya tanya ni. Awak tengah cari buku ni ke?” tanya Naufal kembali sambil tersenyum. Perlahan – lahan aku mengangguk. Lahai..angguk pun susah ke? Apa – apa je la kau ni Adry.
“ Nama awak siapa?” tanyanya lagi sambil menyelak – nyelak buku yang masih dalam pegangannya.
“Adry..err. Syazleen Adryana.” Jawabku yang masih merenung wajah crush yang berada di depan mataku kini
“Syazleen Adryana dari kelas Tingkaran 4 Cemerlang. Okay, good! Ni memang buku awak. Saya jumpa dekat kerusi batu kat taman tingkat bawah tadi. Lain kali, jaga buku elok – elok” pesannya sambil menghulurkan buku itu kepadaku dan terus blah macam tu je. Dalam diam, aku tersenyum kecil.
Mataku tidak berkelip memandang surat yang dilipat kemas didalam sampul surat bewarna merah jambu itu. siapa yang bagi ini? Aku terjumpa dalam buku yang crush aku bagi tadi. Takkan la Naufal tu yang bagi kut? Aku terus membuka dan membaca isi kandungan surat itu.
Dear Adryana,
Saya suka awak! Itu perkara pertama yang saya nak bagitau dekat awak. Sejak kita mula bertentang mata 2 tahun lepas. Hati saya tidak keruan. Jantung saya berdegup kencang melihat mata awak. 2 tahun Adry.. 2 tahun..saya cuba mengenali awak dari jarak jauh. Awak kelihatan begitu menarik bagi saya. Saya tidak menafikan saya memang budak yang nakal. Saya tidak sesuai bagi awak yang terlalu baik. Tapi, saya harap awak sudi menerima cinta saya ini. Salam sayang > Amirul Naufal
Aku terkedu membacanya. Rasa tidak percaya pun ada! Dia suka kat aku? Haaa..seronoknya!! aku segera menelefon Syiffa.
“ Syiffa, crush aku ada bagi surat kat aku!” ucapku teruja.
“crush? You mean, Naufal? Tanya rakanku itu di corong telefon.
“haah.” Balasku pendek.
“err.. Ad, aku bukan nak halang ke apa. Kau tahu kan Naufal tu playboy? Aku takut kau yang terluka nanti” jawab Syiffa serba salah.
“ playboy? Alaa.. biarkan je laa. Aku nak terima jugak. Bukan senang tau dapat peluang yang macam ni” teruja aku membalasnya dan terus mematikan panggilan. Syiffa mengeluh perlahan. Ad.. aku tak nak kau terluka. Aku tak sanggup tengok kau tak boleh lepaskab dia suatu hari nanti sebab aku tahu kau jenis yang setia. Tolong lah. Adry ! jangan terima. Dia playboy!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan