Khamis, 25 September 2014
Crush Bertukar Menjadi Suami 10
Terasa ada benda yang merayap di mukanya. Aku menepis. Ishh.. siapa yang menggangu tidurnya ni? Benda itu merayap lagi tapi kali ini di lenganku pulak. Aku tak mampu untuk berdiam diri. Aku terus membuka mata. Membulat mataku apabila melihat suamniya sedang duduk di tepi katilnya. Aku menoleh kea rah pintu. Macam mana dia boleh masuk? Aku kan dah kunci pintu tu.
“Abang ada kunci pendua la sayang. Memang la abang dapat masuk. Abang tak ada niat apa – apa. Ni dah Maghrib. Tu la abang kejutkan. Mandi dan Solat Maghrib. Lepastu masak untuk makan malam tau. Semua bahan ada dalam peti ais.” Aku hanya mengangguk perlahan. Naufal menggeleng. Entah dengar ke tidak isterinya itu. Dok anguk – angguk. Ke masih mamai lagi?
“Awak, kalau saya masak maggi goreng je boleh tak?” jeritku dari dapur.
“Boleh je! Janji sayang yang masak. Kalau sayang yang masak batu dengan pasir pun abang sanggup makan tau” Naufal tergelak. Aku mencebik. Eleh, ye lah tu! Buatnya kalau betul – betul aku masak batu dengan pasir, nangis – nangis kau aku paksa makan!
Ketika aku sedang menjaga maggi yang sedang dimasak di dalam kuali, pinganggku dipeluk dari belakang.
“ Sayang…” meremang bulu romaku mendegar suara itu.
“ Eh, lepaslah! Saya nak masak ni.” Kataku sambil merungkai tangan yang melekat di tubuhku. Suamiku menarik muncung. Eleh, piker comel sangat lah tu?
“ Sayang ni, tak sporting la!”
“ Amboi tak sporting? Ouh, kalau macam tu. Nah, masak sendiri!” aku meletakkan sudip yang ku pegang di atas sebuah piring lalu menuju ke tingkat atas tetapi, tangaku di tarik.
“ Alalala..sayang abang ni merajuk eh? Tak ada laa.. dah cepat siapkan makanan. Abang dah lapar ni. Lagipun ni first time abang rasa makanan sayang tau. So, masak dengan penuh kasih sayang! Baru lah abang dapat balas balik kasih sayang yang sayang bagi melimpah ruah tu” aku buat muka menyampah. Itu lah lelaki. Kalau taka da ayat yang berbunga, ayat yang puitis. Jangan panggil itu lelaki.
Aku meletakkan sepinggan maggi goreng di hadapan suamiku. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengannya. Aku menunggu komen yang akan keluar dari mulut suaminya itu mengenai masakannya. Naufal mencedokkan sedikit maggi tersebut sambil merenung kembali isterinya yang asyik memandang tepat wajahnya. Dia tersenyum sambil mengunyah perlahan masakan isteri kesayangannya itu. Aku menongkat dagu menunggu perkataan yang akan keluar. Namun, tiada respons. Suaminya itu dengan selamba makan terus tanpa menghiraukan dirinya.
“ Err.. sedap tak?” akhirnya aku bersuara apabila menunggu sekian lamanya tapi, suaminya itu tidak berbicara. Naufal menyembunyikan tawanya. Dia sengaja je tak nak memberi komen apa – apa, ingin melihat isterinya itu memulakan percakapan dahulu. Asyik – asyik dia sahaja yang mengalah, mana boleh tahan! Dia harus ajar sikit isterinya yang degil semacam itu.
“Boleh laa..”
“ Cakap la betul – betul!” kata aku tak puas hati.
“ Nak tahu. Kiss kat sini dulu.” Naufal menunjukkan pipi kirinya. Aku memudukkan muka dan cepat – cepat makan maggi yang memang untuk bahagianku dengan laju.
“Uhukk..” aku tersedak. Tanganku cepat – cepat mencari air. Suamiku yang melihat keadaan itu terus memberi air minumannya. Ishh.. tak senonoh betul la aku ni! Depan suami sendiri pun boleh tersedak. Tu la makan gelojoh lagi!
“ Adry sayang.. kalau tak nak kiss abang pun tak payah la sampai tersedak macam tu sekali.” Perli Naufal. Ni yang malas aku nak dengar ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan