Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 8

“ Cikgu Haslya!” kataku sambil memeluk tubuhnya. Wanita itu membalas pelukkanku. “ waa.. tak sangka jumpa cikgu kat sini!” mataku terus bersinar melihat cikgu yang mengajar aku matematik tambahan dulu. Kerana wanita ini la dia berjaya menjadi cikgu sekarang ni. “cikgu, pun tak sangka jumpa awak kat sini. Dengar cerita awak dah berjaya jadi cikgu. Betul ke?” Tanya wanita itu sambil mengelap matanya yang berair sedikit kerana terlalu gembira dapat berjumpa denganku. “ haah. Saya dah jadi cikgu. Ni semua berkat ajaran cikgu la” ujarku sambil tersengih. “ mana ada! Awak yang belajar bersungguh – sungguh. Awak ni dah kahwin ke belum?” soalan cepumas keluar daripada mulut cikgu kesayangannya. Err.. nak jawab apa ni? Nak jawab belum, macam kurang ajar la pulak. Nak cakap dah, sanggup ke dia? “ mesti lah dah cikgu! Saya la suaminya” ujar seorang pemuda dan tangannya merangkul erat pinggangku membuat tubuhku ditarik rapat ke arahnya. Ada yang kena jugak mamat ni! Tapi, apabila mengingatkan ada cikgu Haslya didepannya, dia terpaksa berlakon! Dia pura – pura tersenyum bahagia. “Eh,awak ni bukan anak Cikgu Lydia ke?” soalnya sedikit terkejut. Suaminya itu hanya mengangguk. “ Pelajar paling nakal kat sekolah kahwin dengan pelajar paling pandai kat sekolah? Wow, amazing!” cikgu tersebut ketawa perlahan dan pemuda yang berada di sebelahnya pun turut ketawa. Amboi, lawak sangat ke? Aku tak rasa pun benda tu lawak. “ dah jodoh,cikgu. Nak buat macam mana? Kan sayang,kan?” “ hah? Err. Ya lah tu. Memang ada jodoh!” dengan tidak ikhlasnya aku menjawab. Cikgu kesayanganku ini hanya tersenyum tanpa dapat mengesan masalah rumah tangga kami. Hmm, baguslah! Buat apa nak heboh – hebohkan? “cikgu kena cepat ni. Nah ni nombor cikgu. Bila- bila ada masa lapang, call la cikgu ye? Jangan lupa. Btw, selamat pengantin baru! Cikgu doakan kamu berdua bahagia sehingga ke anak cucu!” “Terima kasih cikgu doakan macam tu!” tersenyum bahagia pemuda di sebelahnya apabila mendengar ada orang yang mendoakan mereka begitu. Aku menjulingkan mata ke atas. Tak terharu lansung! Lagi menyeksakan adalah. “ eh, dah la.. lepas boleh tak?” marah aku kepada suami aku. Apa taknya tangan lelaki itu masih berada di pinggangku. Rimas woii~ “ kenapa? Tak salah kan?” tanyanya kembali dengan riak muka yang bersahaja. Tak ada tanda – tanda malu lansung. Dah la dekat tempat awam. Memang nak rasa pelempangnya ke sekarang ni? “ Saya rimas la!” bentakku. “Okay, abang lepaskan pinggang sayang but, abang still kena pegang tangan sayang disebabkan sayang ni pendek. So, takut hilang” ujarnya dengan senyuman mengejek. Hisyhh.. rasa nak sepak – sepak je mamat sebelah ni. Aku tahu la ketinggianku tak sampai paras bahu dia yang tinggi melangit tu! Tanganku digenggam erat dan dibawa ke sebuah restoran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan