Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 7

“sayang! Hari ini siap okay? Abang nak bawak sayang pergi tempat yang special” teruja Naufal memberitahu. Aku menutup majalah. Aku membuka almari. Apa aku nak pakai? Dia mencapai blouse labuh oren bersama kain hitam. Tangannya pantas mencapai pashmina yang bewarna oren juga. “sayang, dah siap ke belum?” jeritnya dari luar bilik. Lahai..lamanya siap. Aku yang sedang melilit pashmina diatas kepala terkejut. Haishh.. dia ni,sabar la! “sayang?” lelaki itu membuka pintu bilik. Naufal tersenyum melihat baju yang dipakai isterinya. Oren? Sedondon dengannya, “belum siap lagi ke?” tanyanya prihatin apabila melihat aku terkial – kial menyematkan pin yang terakhir. Aisehh..pin yang terakhir ni bab paling aku tak suka dah la susah nak masukkan! Yang mamat ni pulak sibuk je kat sini kenapa? Tak boleh tunggu kat luar ke? “sini la abang tolong pin kan” tawarnya sambil tangannya ligat merampas pin yang berada di tanganku dan terus mengemaskan tudungku. Eh, dah siap? Kejapnya. Aku hanya tersengih kepadanya. Yang lelaki boleh buat sekejap je, yang perempuan? Buat malu je! Aku mencapai jam yang berada di atas meja solek. “eh, haah la! Jam. Kejap, abang nak pakai jam !” tangannya pantas menyelongkar laci meja solek. Jam pun nak letak dalam laci? Hmm, istimewa sangat ke jam tu? Aku tersentak melihat jam tangan itu. Itu! Jam tangan yang ingin diberikan kepada Naufal dahulu tapi tak kesampaian. “sayang,abang sayang jam ni sama macam abang jaga nyawa abang sendiri. Jam ni sangat berharga bagi abang..” tuturnya lembut. Dia simpan? Aku terus membawa kaki melangkah keluar dari bilik itu. “ kita nak ke mana ni?” soal aku kepada suamiku. Naufal yang sedang fokus dengan pemanduannya hanya tersenyum. Dia ni, senyum – senyum pulak! Lempang karang. “ pergi dekat tempat istimewa la sayang..” sambil tangan kirinya mengusap lembut kepalaku. Ingat aku ni budak kecik ke? Aku menolak kasar tangannya. Memang boleh dikatakan agak kurang ajar, tapi aku memang tak suka! Nak buat macam mana? Aku melihat Naufal senyum terpaksa sambil mrenarik tangannya perlahan – lahan. ‘hmm..menarik sangat la tempat ni kan? Aku rasa dah beratus kali kut aku pergi dengan kawan baikku, Syiffa. Haih..ingat istimewa la tempatnya..’ Aku masih terkial – kial membuka tali pinggang kaledar di tempat dudukku. Aisehh,, kenapa tak boleh bukak pulak ni? Ada je yang serba tak kena dia buat hari ini. Aku menoleh kearah orang yang membuka pintu kereta di tempat dudukku. Terasa malu kejap! Aku masih cuba. Tapi tak berjaya. Apa kena dengan tali pinggang ni. Ni yang aku mula angin ni. “ Adry..awak ni macam budak – budak laa. Bukak tali pinggang pun tak reti. Meh,abang tolong.” Katanya sambil tertawa kecil. Aku mengecilkan mata melihat makhluk yang berada di depan aku ni. Kecik,besar,kecik,besar je aku tengok mamat ni. Sakit hati dia! Suaminya itu memasukkan kepalanya sedikit kedalam kereta. Mukanya yang putih bersih yang sedang menunduk ke bawah membuka tali pinggang aku itu memang sangat dekat dengan aku. Tinggal beberapa inci sahaja. Aku tidak sedar tali pinggang ku sudah terlepas setelah diselesaikan oleh Naufal tadi kerana ralit merenung wajahnya tadi. “ kenapa pandang abang macam tu?” dia menoleh membuatku mataku dengan matanya memang dekat gila! Satu perasaan aneh mula menjalar di dalam dirinya. “ Err..ta..tak ada apa..lah.. eh, jo..jom la turun.” Aku menolak lembut tubuhnya keluar daripada kereta. Aku segera menutup pintu kereta dan dengan selambanya menonong jalan tanpa memperdulikan suaminya yang masih tercegat di tepi kereta. Baru beberapa langkah, lenganku direntap membuatku tubuhku tersandar di kereta milik suamiku. Eh,eh, dia ni. Main rentap – rentap tangan orang pulak. Dia nak apa pulak ni? “sayang ingat lagi kan perjanjian kita semalam?” tanyanya serius. Perjanjian? Perjanjian apa pulak ni? Jap, aku ingat balik. Tapi, gagal. Aku menggelengkan kepala tanda tak ingat. Dia mengeluh. “ perjanjian laa.. yang abang janji akan buat sayang jatuh cinta dengan abang dalam masa 1 bulan ni” aku mengangguk. Ouh, baru ingat! Dah tu, kenapa? Aku menjongketkan kening. Dia merapatkan wajahnya dengan wajahku. Erkk. Dia nak buat apa pulak ni. Aku sangat takut pada masa tu lalu terus memejamkan mata. Naufal tersenyum kecil. Saja je dia nak menyakat tapi, tak sangka pulak isterinya ini memang penakut. Tempat parking kereta ni pun kosong je. Cuma ada kereta sahaja. Tuan kereta ni mungkin sudah pergi membeli – belah di Time Square ni. Dia mencium pipi isterinya dan kemudian membisikkan sesuatu. “ sayang akan tetap menjadi isteri abang walau apa pun yang terjadi selagi abang tak lafazkan talak kepada sayang. Dan abang takkan sesekali lafazkan talak sebab sayang adalah orang yang pertama dan terakhir buat abang jatuh cinta dengan perempuan.” Aku membuka mata perlahan. Pipiku masih membahang dek ciumannya tadi. Dia ni kan! Public pun tak tahu malu ke? “ Dah, jom!” dia memengang erat jari jemariku. Aku cuba melepaskannya tapi, semakin aku mencuba semakin erat lagi dia memengangnya. Akhirnya, aku terpaksa mengalah. “ Err. Ni Adry ke ni?” soal seorang wanita dalam umur 40 – an kepada ku. Aku mengangkat wajah daripada terus membelek – belek sebuah teddy bear besar. Aku terkejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan