Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 6

Aku merenung diriku yang berada di hadapan meja solek. Setelah di makeup oleh mak andam. Aku dapat rasakan wajahku lain sedikit. Hari ini hari akad nikah dirinya akan berlansung. Dia tunduk memandang lantai. Siapa pengantin lelakinya? Dia benar – benar ingin tahu. “Adry,kau okay ke tak ni?” tanya Syiffa sambil menggosok lembut bahuku. Aku tersenyum paksa “kau tahu tak pengantin lelakinya siapa?” Syiffa terkedu. Dengan terpaksa dia menggeleng. Sorry, Ad! Aku terpaksa tipu kau. kalau aku bagitahu kau sekarang. Kemungkinan besar kau akan lari. So, baik aku tak payah cakap “sayang, jom turun. Pengantin lelaki dan tok kadi dah sampai” panggil ibuku. Jantungku mula berdegup kencang. Sampai sahaja di bawah, aku masih tidak dapat melihat muka pengantin lelakinya. Huh, susahnya! Sampai habis akad nikah pun dia masih tidak berpeluang melihat wajah suaminya kini. Upacara pembatalan air sembahyang bermula. Aku mengangkat wajah untuk melihat muka suamiku kini yang sudah duduk di hadapanku. Membulat mataku melihat pemuda dihadapannya. Aku terus berpaling kearah lain. Tak sanggup melihat wajahnya. Kenapa dia buat aku macam orang bodoh? Kenapa dia buat aku macam anak patung? Kenapa?! “Sayang..” jari telunjuknya memegang daguku dan membuatku berpaling kepadanya. Dia memegang jari manisku dan menyarungkan cincin. Dengan paksanya aku mencium tangannya. Naufal tersenyum tawar. Dia tahu isterinya itu mencium tangannya dengan tidak ikhlas. Dia kemudiannya berdiri sedikit lalu mencium dahi gadis itu. lama. Aku menahan rasa. Aku menoleh kearah lelaki yang membuka pintu bilik mereka. Aku yang sedang menyikat rambut buat bodoh je. Pemuda itu melangkah kearahku. Dia mengelus – ngelus rambut panjangku. “sayang, abang tahu sayang marahkan abang. Abang dah banyak kali meminta kemaafan daripada sayang. Tapi, sayang tak pernah nak maafkan abang. Abang tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni.” Lelaki itu mengeluh dan mengambil pakaian tidur kemudiannya melangkah kearah bilik mandi untuk menukar pakaian. “kenapa awak mempermainkan perasaan saya dulu? Lepastu senang – senang awak nak minta maaf? Awak ingat hati saya ni boleh pulih secepat mungkin? Awak silap! Macam mana awak boleh jumpa keluarga saya? Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kenapa sekarang saya boleh satu bilik dengan awak?!” kesabaranku memang ada batasan. Aku memang tidak boleh menyimpan kemarahan aku lagi. “sayang.. ceritanya terlalu panjang..nanti bila abang dah bersedia abang akan ceritakan.okay?” aku merengus “ saya tak kisah pasal itu semua. Satu je. Macam mana saya nak hidup dengan awak kalau taka da sekelumit pun rasa cinta saya pada awak hmm?” tanya aku sambil mengangkat kening. Naufal tersenyum. Dia tahu isterinya itu saja mencari alasan supaya mereka berpisah. No! dia takkan melepaskan gadis kesayangannya buat kali ke – 2. Cukuplah kesilapan yang telah dia lakukan dulu. “ bagi abang 1 bulan untuk buat sayang jatuh cinta dekat abang. Enough just for 1 month. Dalam masa itu sayang akan kelemasan dalam cinta abang yang takkan pernah putus” Naufal tertawa kecil sambil bibirnya mencium pipi isterinya itu. dia mengambil bantal dan selimut dan melangkah kearah sofa yang berada di dalam bilik itu. dia tahu isterinya tidak akan membenarkan dirinya tidur bersama di atas katil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan