Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 4

7 tahun berlalu.. “ okay, murid – murid. Bukak buku latihan matematik tambahan sekarang.” Arah ku kepada murid – murid Tingkatan 5 Kreatif. Aku sekarang telah berjaya menjadi guru sekolah menengah. Cita – cita ku sejak di bangku sekolah lagi. Kini, aku telah berjaya mencapai cita – cita tersebut. Syiffa? Of course la dah berjaya jadi doctor! Aku tersenyum kecil. Jangan tanya apa – apa pasal suami sebab aku masih single walaupun umur aku sudah mencecah 24 tahun. “Cikgu! Cikgu ni taka da pakwe ke cikgu?” soalan daripada seorang pelajar lelaki yang berada di luar sllybus itu menyentak fikiranku “ err..tak ada” “ tak ada? Tipu la cikgu. Cikgu ni cantik kut takkan la taka da sesiapa berkenan?” tanya pelajar lelaki itu tidak berputus asa “Khairul, dah taka da. Tak ada la.. nak buat macam mana lagi?” jawabku geram. Dia ni kan, ada jugak makan penampar aku. “ Saya kenalkan dengan abang saya nak tak cikgu?” tawar Khairul sambil tersengih. “ Dah.. jangan nak merepek! Buat kerja yang saya bagi tu” Arah aku. Haihh.. macam – macam “ macam mana? Dia dah ada pakwe belum?” tanya seoarang pemuda kepada Khairul. Khairul hanya menggeleng. Pemuda itu mengangguk faham. Merancang strategi untuk mengikat cikgu adiknya itu “Abang Naufal, kenapa abang beriya nak tanya itu ini dekat Cikgu Adry?” tanya Khairul “ dia kawan sekolah abang dulu. Abang dah lama minat kat dia. Sekarang la nak tackle dia” ucap Naufal sambil tersengih. “laaa.. kalau macam tu kenapa tak nak tackle dari sekolah tu je?” “ Banyak perkara berlaku dik. Susah nak tackle dia masa tu” Naufal mengeluh. Kesal dengan perbuatannya dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan