Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 1

Aku merenung ke luar tingkap,memerhatikan keindahan alam yang berada di luar bilik darjah. ‘Haihh. Bosan betul lah English ni !’ gumam hati kecilku. Mataku liar memerhatikan pelajar – pelajar yang keluar masuk dari tandas sekolah. Aku tersentak melihat sekumpulan pelajar lelaki yang berlegar – legar di persekitaran sekolah. “Pergi tandas sampai 6 – 7 orang ? ramainya! Ke diaorang ni ponteng kelas ? jap, aku tak pernah nampak pun diaorang ni ?” soal aku kepada diri sendiri. “Wei, Syiffa! Kau kenal ke group lelaki tu ?” tanya aku kepada rakan baikku, Syiffa yang sedang menyalin nota. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya memadang aku. “Mana ?” aku segera menunjuk kumpulan lelaki tersebut. “ouh, yang tu. Kenal! Diorang tu dikira macam pelajar paling nakal dekat sekolah ni. Diaorang tengah ponteng kelas la tu !” jawab Syiffa kembali menyalin notanya. Aku mengangguk. Mataku masih lekat kea rah seorang daripada kumpulan pelajar lelaki itu. kenapa matanya tidak boleh lari dari wajah itu dia tidak tahu. Muka pelajar lelaki itu putih bersih,tambah dengan rambut spike dia tu.. haishh! Cair kot. Dah la handsome. Tiba – tiba mataku dengan pelajar lelaki itu bertembung. Pelajar lelaki itu tersenyum manis kea rah ku. “Erkk..” wajahku merona merah dan cepat – cepat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kembali. “Adry, macam mana kau boleh pulak tak kenal group lelaki tadi ?” Tanya Syiffa. “ group lelaki ?” tanyaku pelik. “ yup, alaa.. yang tadi kau nampak kat area tandas time BI tadi” “ouh, yang tu eh?” otakku terus terbayang wajah pelajar lelaki yang tersenyum manis kea rah ku tadi. Aku terus tersengih. “Weii, Syazleen Adryana! I’m talking to you, okay ! yang kau tersengih – sengih ni kenapa?” “eh mana ada! Berbalik kepada pertanyaan kau tadi. Macam mana aku tak kenal diaorang? Aku bukannya kisah pun pasal isu – isu lelaki kat sekolah ni pun” jawab aku ringkas. “kau ni rugi tau tak kenal diaorang. Diaorang ni hotstuff! Tengok la ahli group diaorang semuanya handsome – handsome belaka. Lagi – lagi ketua diaraong. Handsome tahap tak ingat!” teruja Syiffa memberitahu. “Ketua group? Yang mana satu orangnya ?” “ Tuu…” tunjuk Syiffa kea rah salah seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan menuju kea rah kantin bersama 2 orang rakannya. Aku terkedu. Dia ? dia lah yang buat aku angau sampai saat ni. Okay,aku setuju. Antara ahli – ahli group diaorang. Dia lah yang paling handsome. “Tapi, dia tu ramai peminat plus awek dia keliling pinggang. Atau lagi senang nak faham, playboy!” aku tersentak. Playboy?! Ini yang aku lemah ni . baru aku nak jadikan crush. Tapi, mamat ni playboy la pulak. Tapi, apa boleh buat ? hati aku dah terlanjur suka dia. Haishh.. hati! Bersedia lah untuk disakiti! Aku tersenyum tawar. “btw, apa nama dia?” tanyaku sedikit teruja. Sengaja menutupi sedih yang mencengkam jiwa. “kalau tak silap namanya, Amirul Naufal !” ringkas jawapan yang Syiffa berikan. Aku tersenyum kecil. Yes, dah tahu nama dia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan