Khamis, 25 September 2014

Crush Bertukar Menjadi Suami 10

Terasa ada benda yang merayap di mukanya. Aku menepis. Ishh.. siapa yang menggangu tidurnya ni? Benda itu merayap lagi tapi kali ini di lenganku pulak. Aku tak mampu untuk berdiam diri. Aku terus membuka mata. Membulat mataku apabila melihat suamniya sedang duduk di tepi katilnya. Aku menoleh kea rah pintu. Macam mana dia boleh masuk? Aku kan dah kunci pintu tu. “Abang ada kunci pendua la sayang. Memang la abang dapat masuk. Abang tak ada niat apa – apa. Ni dah Maghrib. Tu la abang kejutkan. Mandi dan Solat Maghrib. Lepastu masak untuk makan malam tau. Semua bahan ada dalam peti ais.” Aku hanya mengangguk perlahan. Naufal menggeleng. Entah dengar ke tidak isterinya itu. Dok anguk – angguk. Ke masih mamai lagi? “Awak, kalau saya masak maggi goreng je boleh tak?” jeritku dari dapur. “Boleh je! Janji sayang yang masak. Kalau sayang yang masak batu dengan pasir pun abang sanggup makan tau” Naufal tergelak. Aku mencebik. Eleh, ye lah tu! Buatnya kalau betul – betul aku masak batu dengan pasir, nangis – nangis kau aku paksa makan! Ketika aku sedang menjaga maggi yang sedang dimasak di dalam kuali, pinganggku dipeluk dari belakang. “ Sayang…” meremang bulu romaku mendegar suara itu. “ Eh, lepaslah! Saya nak masak ni.” Kataku sambil merungkai tangan yang melekat di tubuhku. Suamiku menarik muncung. Eleh, piker comel sangat lah tu? “ Sayang ni, tak sporting la!” “ Amboi tak sporting? Ouh, kalau macam tu. Nah, masak sendiri!” aku meletakkan sudip yang ku pegang di atas sebuah piring lalu menuju ke tingkat atas tetapi, tangaku di tarik. “ Alalala..sayang abang ni merajuk eh? Tak ada laa.. dah cepat siapkan makanan. Abang dah lapar ni. Lagipun ni first time abang rasa makanan sayang tau. So, masak dengan penuh kasih sayang! Baru lah abang dapat balas balik kasih sayang yang sayang bagi melimpah ruah tu” aku buat muka menyampah. Itu lah lelaki. Kalau taka da ayat yang berbunga, ayat yang puitis. Jangan panggil itu lelaki. Aku meletakkan sepinggan maggi goreng di hadapan suamiku. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengannya. Aku menunggu komen yang akan keluar dari mulut suaminya itu mengenai masakannya. Naufal mencedokkan sedikit maggi tersebut sambil merenung kembali isterinya yang asyik memandang tepat wajahnya. Dia tersenyum sambil mengunyah perlahan masakan isteri kesayangannya itu. Aku menongkat dagu menunggu perkataan yang akan keluar. Namun, tiada respons. Suaminya itu dengan selamba makan terus tanpa menghiraukan dirinya. “ Err.. sedap tak?” akhirnya aku bersuara apabila menunggu sekian lamanya tapi, suaminya itu tidak berbicara. Naufal menyembunyikan tawanya. Dia sengaja je tak nak memberi komen apa – apa, ingin melihat isterinya itu memulakan percakapan dahulu. Asyik – asyik dia sahaja yang mengalah, mana boleh tahan! Dia harus ajar sikit isterinya yang degil semacam itu. “Boleh laa..” “ Cakap la betul – betul!” kata aku tak puas hati. “ Nak tahu. Kiss kat sini dulu.” Naufal menunjukkan pipi kirinya. Aku memudukkan muka dan cepat – cepat makan maggi yang memang untuk bahagianku dengan laju. “Uhukk..” aku tersedak. Tanganku cepat – cepat mencari air. Suamiku yang melihat keadaan itu terus memberi air minumannya. Ishh.. tak senonoh betul la aku ni! Depan suami sendiri pun boleh tersedak. Tu la makan gelojoh lagi! “ Adry sayang.. kalau tak nak kiss abang pun tak payah la sampai tersedak macam tu sekali.” Perli Naufal. Ni yang malas aku nak dengar ni.

Crush Bertukar Menjadi Suami 9

“ Sayang, nak sikit!” aku merenung nasi goreng kampung yang sudah setengah menjadi santapanku. Err, dia nak ni ke? Aku menolak pinggan aku kearahnya. Aku menjongketkan kening sedikit ketika dia memandang aku pelik. Aihh, tadi nak sangat. Aku dah bagi tak nak pulak ambil. “ Kenapa tak ambil? Kan saya dah bagi tu.” Dia menggeleng. Adehh, dia ni kenapa pulak? Nak buat hal pulak kat sini. Aku mengambil air yang telah ku order lalu menghirup sedikit. “ Suapkan.” Sepatah perkataan itu membuatkan aku tersedak. Pasangan yang berada di meja sebelah hanya memandang. Aisehh, malunya aku! “ Awak ni kenapa?! Nak makan, makan la sendiri” kataku perlahan agar tidak didengari oleh orang yang berada di sekeliling tapi aku tahu cukup kuat di pendengaran suaminya itu. “ Tak nak! Abang nak sayang suapkan. Sesudu pun jadi la. Kalau sayang degil jugak abang…” belum sempat habis kata – kata suaminya aku memotong “ Okay, saya mengalah. Nah!” Naufal tersenyum. “ Thanks!” “Anyway, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” aku dapat lihat perubahan riak suamiku apabila aku mengajukan soalan tersebut. “sayang betul nak tahu ke?” Tanyanya soalan bodoh. “ mesti lah nak tahu! Kalau tak nak tahu tak adalah saya tanya” jawabku dengan reaksi menyampah. Naufal tertawa kecil “ Ouh, boleh! Tapi, dalam kereta nanti la. Kat sini tak private la” “ Hah! Kenapa?” tanyaku teruja sambil menoleh kearahnya yang sedang memandu. Kereta itu sedang meluncur laju membelah jalan raya yang tidak diketahui hendak ke mana. “ Kenapa apa?” Tanya Naufal buat – buat tidak tahu. “ Hishh..Soalan yang saya tanya kat restoran tadi laa” Naufal yang tidak tahan melihat muka sedih isterinya itu membuka mulut “ Nanti abang bagitau dekat tempat special nanti!” katanya sambil memberikan senyuman penuh makna “ Eh, bukan tadi ke tempat specialnya?” tanya aku blur. Dia tergelak besar. Apa lah isterinya ni. Times Square tu tempat istimewanya? Haihh.. isterinya itu pandai berfikir ke tidak? Setakat pergi situ. Hari – hari orang boleh pergi daaa.. “ Bukanlah!” “ Habistu dekat mana?” Naufal menggeleng. Dah nama pun special. Mesti la tak boleh bagitau! Kereta itu masuk ke perkarangan sebuah rumah elit mewah. Eh, rumah siapa pulak ni? Kawan dia ada buat birthday party ke? Macam tak logik la pulak. Senyap sunyi je rumah ni. Abistu, dia buat apa kat sini? Hatinya mula menerjah kerisauan. Dia menoleh ke sebelah. Lelaki itu mengisyaratkan supaya keluar. Dengan teragak – agak kakinya berjalan menuju kea rah pintu di mana suaminya tercegat. Dilihat suaminya itu dengan selamba membuka pintu rumah tersebut lalu menundukkan dirinya bagi memberi laluan suapaya isterinya itu masuk. Ala – ala princess pulak! Sebaik sahaja kakiku mencecah masuk ke rumah itu. Lelaki itu berteriak. “Welcome to our new house, sayang!” ujar lelaki itu sambil mendepakan kedua belah tanganya. Err. New house? Our? Rumah aku? Rumah dia? Rumah KITA? Aku bingung. “ Ni rumah baru kita la sayang” aku ternganga. Mak aihh.. rumah besar gila! “Jom, masuk” Naufal menarik tangan isterinya yang kelihatan terkaku memandang rumah tersebut. Hiasan dalam rumah itu sungguh menarik. Dengan perabotnya disusun kemas. Rumah itu juga ada 3 bilik di tingkat bawah, 3 bilik di tingkat atas. Sepanjang perjalanan untuk meneroka rumah tersebut bersama suaminya, kelihatan bersusun gambar mereka ketika majlis akad nikah dan persandingan di dinding. “Saya nak bilik ni!” ujarku teruja sambil menunjukkan sebuah bilik yang bercorakkan seperti angkasa lepas. Naufal mengerutkan dahinya. “ Bilik ni kecil la,sayang. Bilik kita dekat sebelah.” Aku terkejut. Kita? Aku sebilik dengan dia? Aku tergelak besar. Pelik Naufal melihat tingkah laku isterinya. “ Nope. I don’ t wanna to share bedroom with you. This bedroom is mine and next to mine is yours.okay?” “ Tak..Tak abang tak setuju! Suami isteri kena satu bilik!” ujarnya tegas. Aku buat muka minta pelempang. “I don’t care! Saya tak kongsi bilik dengan awak” Naufal mengeluh sambil meraup rambut spikenya ke belakang. Asal degil sangat isterinya ni? Haihh.. nak tawan hati isterinya ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. “ Dah, bye! Saya nak tidur sekejap” kataku sambil membawa kaki melangkah ke arah bilik pilihanku. Niat sebenar di hati ingin melarikan diri. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Akhirnya, dia terlelap.

Crush Bertukar Menjadi Suami 8

“ Cikgu Haslya!” kataku sambil memeluk tubuhnya. Wanita itu membalas pelukkanku. “ waa.. tak sangka jumpa cikgu kat sini!” mataku terus bersinar melihat cikgu yang mengajar aku matematik tambahan dulu. Kerana wanita ini la dia berjaya menjadi cikgu sekarang ni. “cikgu, pun tak sangka jumpa awak kat sini. Dengar cerita awak dah berjaya jadi cikgu. Betul ke?” Tanya wanita itu sambil mengelap matanya yang berair sedikit kerana terlalu gembira dapat berjumpa denganku. “ haah. Saya dah jadi cikgu. Ni semua berkat ajaran cikgu la” ujarku sambil tersengih. “ mana ada! Awak yang belajar bersungguh – sungguh. Awak ni dah kahwin ke belum?” soalan cepumas keluar daripada mulut cikgu kesayangannya. Err.. nak jawab apa ni? Nak jawab belum, macam kurang ajar la pulak. Nak cakap dah, sanggup ke dia? “ mesti lah dah cikgu! Saya la suaminya” ujar seorang pemuda dan tangannya merangkul erat pinggangku membuat tubuhku ditarik rapat ke arahnya. Ada yang kena jugak mamat ni! Tapi, apabila mengingatkan ada cikgu Haslya didepannya, dia terpaksa berlakon! Dia pura – pura tersenyum bahagia. “Eh,awak ni bukan anak Cikgu Lydia ke?” soalnya sedikit terkejut. Suaminya itu hanya mengangguk. “ Pelajar paling nakal kat sekolah kahwin dengan pelajar paling pandai kat sekolah? Wow, amazing!” cikgu tersebut ketawa perlahan dan pemuda yang berada di sebelahnya pun turut ketawa. Amboi, lawak sangat ke? Aku tak rasa pun benda tu lawak. “ dah jodoh,cikgu. Nak buat macam mana? Kan sayang,kan?” “ hah? Err. Ya lah tu. Memang ada jodoh!” dengan tidak ikhlasnya aku menjawab. Cikgu kesayanganku ini hanya tersenyum tanpa dapat mengesan masalah rumah tangga kami. Hmm, baguslah! Buat apa nak heboh – hebohkan? “cikgu kena cepat ni. Nah ni nombor cikgu. Bila- bila ada masa lapang, call la cikgu ye? Jangan lupa. Btw, selamat pengantin baru! Cikgu doakan kamu berdua bahagia sehingga ke anak cucu!” “Terima kasih cikgu doakan macam tu!” tersenyum bahagia pemuda di sebelahnya apabila mendengar ada orang yang mendoakan mereka begitu. Aku menjulingkan mata ke atas. Tak terharu lansung! Lagi menyeksakan adalah. “ eh, dah la.. lepas boleh tak?” marah aku kepada suami aku. Apa taknya tangan lelaki itu masih berada di pinggangku. Rimas woii~ “ kenapa? Tak salah kan?” tanyanya kembali dengan riak muka yang bersahaja. Tak ada tanda – tanda malu lansung. Dah la dekat tempat awam. Memang nak rasa pelempangnya ke sekarang ni? “ Saya rimas la!” bentakku. “Okay, abang lepaskan pinggang sayang but, abang still kena pegang tangan sayang disebabkan sayang ni pendek. So, takut hilang” ujarnya dengan senyuman mengejek. Hisyhh.. rasa nak sepak – sepak je mamat sebelah ni. Aku tahu la ketinggianku tak sampai paras bahu dia yang tinggi melangit tu! Tanganku digenggam erat dan dibawa ke sebuah restoran

Crush Bertukar Menjadi Suami 7

“sayang! Hari ini siap okay? Abang nak bawak sayang pergi tempat yang special” teruja Naufal memberitahu. Aku menutup majalah. Aku membuka almari. Apa aku nak pakai? Dia mencapai blouse labuh oren bersama kain hitam. Tangannya pantas mencapai pashmina yang bewarna oren juga. “sayang, dah siap ke belum?” jeritnya dari luar bilik. Lahai..lamanya siap. Aku yang sedang melilit pashmina diatas kepala terkejut. Haishh.. dia ni,sabar la! “sayang?” lelaki itu membuka pintu bilik. Naufal tersenyum melihat baju yang dipakai isterinya. Oren? Sedondon dengannya, “belum siap lagi ke?” tanyanya prihatin apabila melihat aku terkial – kial menyematkan pin yang terakhir. Aisehh..pin yang terakhir ni bab paling aku tak suka dah la susah nak masukkan! Yang mamat ni pulak sibuk je kat sini kenapa? Tak boleh tunggu kat luar ke? “sini la abang tolong pin kan” tawarnya sambil tangannya ligat merampas pin yang berada di tanganku dan terus mengemaskan tudungku. Eh, dah siap? Kejapnya. Aku hanya tersengih kepadanya. Yang lelaki boleh buat sekejap je, yang perempuan? Buat malu je! Aku mencapai jam yang berada di atas meja solek. “eh, haah la! Jam. Kejap, abang nak pakai jam !” tangannya pantas menyelongkar laci meja solek. Jam pun nak letak dalam laci? Hmm, istimewa sangat ke jam tu? Aku tersentak melihat jam tangan itu. Itu! Jam tangan yang ingin diberikan kepada Naufal dahulu tapi tak kesampaian. “sayang,abang sayang jam ni sama macam abang jaga nyawa abang sendiri. Jam ni sangat berharga bagi abang..” tuturnya lembut. Dia simpan? Aku terus membawa kaki melangkah keluar dari bilik itu. “ kita nak ke mana ni?” soal aku kepada suamiku. Naufal yang sedang fokus dengan pemanduannya hanya tersenyum. Dia ni, senyum – senyum pulak! Lempang karang. “ pergi dekat tempat istimewa la sayang..” sambil tangan kirinya mengusap lembut kepalaku. Ingat aku ni budak kecik ke? Aku menolak kasar tangannya. Memang boleh dikatakan agak kurang ajar, tapi aku memang tak suka! Nak buat macam mana? Aku melihat Naufal senyum terpaksa sambil mrenarik tangannya perlahan – lahan. ‘hmm..menarik sangat la tempat ni kan? Aku rasa dah beratus kali kut aku pergi dengan kawan baikku, Syiffa. Haih..ingat istimewa la tempatnya..’ Aku masih terkial – kial membuka tali pinggang kaledar di tempat dudukku. Aisehh,, kenapa tak boleh bukak pulak ni? Ada je yang serba tak kena dia buat hari ini. Aku menoleh kearah orang yang membuka pintu kereta di tempat dudukku. Terasa malu kejap! Aku masih cuba. Tapi tak berjaya. Apa kena dengan tali pinggang ni. Ni yang aku mula angin ni. “ Adry..awak ni macam budak – budak laa. Bukak tali pinggang pun tak reti. Meh,abang tolong.” Katanya sambil tertawa kecil. Aku mengecilkan mata melihat makhluk yang berada di depan aku ni. Kecik,besar,kecik,besar je aku tengok mamat ni. Sakit hati dia! Suaminya itu memasukkan kepalanya sedikit kedalam kereta. Mukanya yang putih bersih yang sedang menunduk ke bawah membuka tali pinggang aku itu memang sangat dekat dengan aku. Tinggal beberapa inci sahaja. Aku tidak sedar tali pinggang ku sudah terlepas setelah diselesaikan oleh Naufal tadi kerana ralit merenung wajahnya tadi. “ kenapa pandang abang macam tu?” dia menoleh membuatku mataku dengan matanya memang dekat gila! Satu perasaan aneh mula menjalar di dalam dirinya. “ Err..ta..tak ada apa..lah.. eh, jo..jom la turun.” Aku menolak lembut tubuhnya keluar daripada kereta. Aku segera menutup pintu kereta dan dengan selambanya menonong jalan tanpa memperdulikan suaminya yang masih tercegat di tepi kereta. Baru beberapa langkah, lenganku direntap membuatku tubuhku tersandar di kereta milik suamiku. Eh,eh, dia ni. Main rentap – rentap tangan orang pulak. Dia nak apa pulak ni? “sayang ingat lagi kan perjanjian kita semalam?” tanyanya serius. Perjanjian? Perjanjian apa pulak ni? Jap, aku ingat balik. Tapi, gagal. Aku menggelengkan kepala tanda tak ingat. Dia mengeluh. “ perjanjian laa.. yang abang janji akan buat sayang jatuh cinta dengan abang dalam masa 1 bulan ni” aku mengangguk. Ouh, baru ingat! Dah tu, kenapa? Aku menjongketkan kening. Dia merapatkan wajahnya dengan wajahku. Erkk. Dia nak buat apa pulak ni. Aku sangat takut pada masa tu lalu terus memejamkan mata. Naufal tersenyum kecil. Saja je dia nak menyakat tapi, tak sangka pulak isterinya ini memang penakut. Tempat parking kereta ni pun kosong je. Cuma ada kereta sahaja. Tuan kereta ni mungkin sudah pergi membeli – belah di Time Square ni. Dia mencium pipi isterinya dan kemudian membisikkan sesuatu. “ sayang akan tetap menjadi isteri abang walau apa pun yang terjadi selagi abang tak lafazkan talak kepada sayang. Dan abang takkan sesekali lafazkan talak sebab sayang adalah orang yang pertama dan terakhir buat abang jatuh cinta dengan perempuan.” Aku membuka mata perlahan. Pipiku masih membahang dek ciumannya tadi. Dia ni kan! Public pun tak tahu malu ke? “ Dah, jom!” dia memengang erat jari jemariku. Aku cuba melepaskannya tapi, semakin aku mencuba semakin erat lagi dia memengangnya. Akhirnya, aku terpaksa mengalah. “ Err. Ni Adry ke ni?” soal seorang wanita dalam umur 40 – an kepada ku. Aku mengangkat wajah daripada terus membelek – belek sebuah teddy bear besar. Aku terkejut.

Crush Bertukar Menjadi Suami 6

Aku merenung diriku yang berada di hadapan meja solek. Setelah di makeup oleh mak andam. Aku dapat rasakan wajahku lain sedikit. Hari ini hari akad nikah dirinya akan berlansung. Dia tunduk memandang lantai. Siapa pengantin lelakinya? Dia benar – benar ingin tahu. “Adry,kau okay ke tak ni?” tanya Syiffa sambil menggosok lembut bahuku. Aku tersenyum paksa “kau tahu tak pengantin lelakinya siapa?” Syiffa terkedu. Dengan terpaksa dia menggeleng. Sorry, Ad! Aku terpaksa tipu kau. kalau aku bagitahu kau sekarang. Kemungkinan besar kau akan lari. So, baik aku tak payah cakap “sayang, jom turun. Pengantin lelaki dan tok kadi dah sampai” panggil ibuku. Jantungku mula berdegup kencang. Sampai sahaja di bawah, aku masih tidak dapat melihat muka pengantin lelakinya. Huh, susahnya! Sampai habis akad nikah pun dia masih tidak berpeluang melihat wajah suaminya kini. Upacara pembatalan air sembahyang bermula. Aku mengangkat wajah untuk melihat muka suamiku kini yang sudah duduk di hadapanku. Membulat mataku melihat pemuda dihadapannya. Aku terus berpaling kearah lain. Tak sanggup melihat wajahnya. Kenapa dia buat aku macam orang bodoh? Kenapa dia buat aku macam anak patung? Kenapa?! “Sayang..” jari telunjuknya memegang daguku dan membuatku berpaling kepadanya. Dia memegang jari manisku dan menyarungkan cincin. Dengan paksanya aku mencium tangannya. Naufal tersenyum tawar. Dia tahu isterinya itu mencium tangannya dengan tidak ikhlas. Dia kemudiannya berdiri sedikit lalu mencium dahi gadis itu. lama. Aku menahan rasa. Aku menoleh kearah lelaki yang membuka pintu bilik mereka. Aku yang sedang menyikat rambut buat bodoh je. Pemuda itu melangkah kearahku. Dia mengelus – ngelus rambut panjangku. “sayang, abang tahu sayang marahkan abang. Abang dah banyak kali meminta kemaafan daripada sayang. Tapi, sayang tak pernah nak maafkan abang. Abang tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni.” Lelaki itu mengeluh dan mengambil pakaian tidur kemudiannya melangkah kearah bilik mandi untuk menukar pakaian. “kenapa awak mempermainkan perasaan saya dulu? Lepastu senang – senang awak nak minta maaf? Awak ingat hati saya ni boleh pulih secepat mungkin? Awak silap! Macam mana awak boleh jumpa keluarga saya? Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kenapa sekarang saya boleh satu bilik dengan awak?!” kesabaranku memang ada batasan. Aku memang tidak boleh menyimpan kemarahan aku lagi. “sayang.. ceritanya terlalu panjang..nanti bila abang dah bersedia abang akan ceritakan.okay?” aku merengus “ saya tak kisah pasal itu semua. Satu je. Macam mana saya nak hidup dengan awak kalau taka da sekelumit pun rasa cinta saya pada awak hmm?” tanya aku sambil mengangkat kening. Naufal tersenyum. Dia tahu isterinya itu saja mencari alasan supaya mereka berpisah. No! dia takkan melepaskan gadis kesayangannya buat kali ke – 2. Cukuplah kesilapan yang telah dia lakukan dulu. “ bagi abang 1 bulan untuk buat sayang jatuh cinta dekat abang. Enough just for 1 month. Dalam masa itu sayang akan kelemasan dalam cinta abang yang takkan pernah putus” Naufal tertawa kecil sambil bibirnya mencium pipi isterinya itu. dia mengambil bantal dan selimut dan melangkah kearah sofa yang berada di dalam bilik itu. dia tahu isterinya tidak akan membenarkan dirinya tidur bersama di atas katil.

Crush Bertukar Menjadi Suami 5

“ masa ni pulak tayar kereta nak pancit. Apa aku nak buat ni?” aku gelisah. Tanganku setia memegang payung untuk melindungi diri dari hujan yang lebat. Aku duduk mencangkung di tepi tayar sebelah kiri bahagian depan. Macam mana nak tukar tayar. Dia merenung tayar spare yang berada di sebelahnya. Bersusah payah dia mengeluarkan dari boot kereta dengan hujan lebat lagi. Last – last tak tahu tukar. Hurm, sia – sia je.aku mulai takut. Jam di tangan menunjukkan pukul 9:30 malam. Tak ada pulak kereta lalu – lalang kat sini. Aku memejam mata. Berserah kepada Allah “ err..cik? cik tak apa – apa ke? Tayar pancit ke?” suara itu mengejutkan aku lantas berdiri tegak merenung kea rah seorang pemuda yang berada di depannya kini. Terkedu aku melihatnya. Setelah 7 tahun tidak berjumpa dengannya dan sekarang? Di tengah – tengah hujan lebat. Aku berjumpa dengannya semula? “Ad.,Adry awak ke ni?” suaranya bergetar menuturkan kata – kata itu. aku tidak membalasnya. Peristiwa 7 tahun lepas kembali terlayar di depan mata bagaikan satu video. Aku menggelengkan kepala. “Adry saya tahu ni awak! Kenapa dengan kereta awak ni, sayang? Tayar pancit ke?” tanya Naufal lembut sambil merenung ke dalam anak mataku. Aku tersenyum sinis. Pergi jalan la dengan sayang kau tu. Tapi, dalam keadaan kini dia tidak boleh ego lagi. Dia betul – betul memerlukan bantuan. “ a..awak tahu tak tukar tayar?” tanya aku sambil merenung dirinya yang sudah basah kuyup dimandikan dengan air hujan. Naufal tersenyum senang mendengar suara itu. hampir 7 tahun dia merindui suara gadis itu. walaupun kedengaran dingin suara itu sekurang – kurangnya gadis itu masih mahu bercakap dengannya. “tahu la. Mari sini saya tolong awak.” Dia kemudiannya mengeluarkan alat – alat untuk menukar tayar dari dalam keretanya dan terus menukar tayar kereta aku. Ketika dia sedang menukar tayar kereta, aku tidak sampai hati melihat keadaannya yang memang basah kuyup tahap tak ingat tu. Aku bergerak perlahan menuju kearahnya. Aku sanggup berkongsi payung dengannya. Walaupun, payung itu agak kecil untuk memuatkan 2 orang. Aku rela diriku basah sedikit daripada pemuda itu yang basah kuyup. Dia mendongak kearah ku yang sedang berdiri di sampingnya dan menghadiahkan senyuman yang paling manis. “thanks..” ucap pemuda itu lembut dan kembali menyambung kerjanya. Aku berpaling kearah lain. Tangan kiri ku diletakkan di dada kanan ku sambil menahan kesakitan yang melanda disebabkan lelaki itu. “ okay. Dah siap!” dia mengemaskan peralatannya dan berdiri menghadapku. Disebabkan kami masih berkongsi payung. Jarak kami memang agak dekat. Terasa kekok apabila pemuda itu merenungnya tidak habis “err..thanks. sebab tukarkan tayar kereta saya. Kalau taka da awak apa lah jadi nasib saya. Tak tahu macam mana nak balas jasa awak ni” aku tertawa kecil tapi plastic. Sungguh , aku rasa kekok sekarang ni. “senang je awak nak balas jasa saya. Just, maafkan saya?” ucap lelaki itu . pemuda itu mengeluh apabila melihat wajahku berubah riak. “Tak apa kalau awak tak nak maafkan saya sekarang. Tapi saya nak awak tahu. Awak sentiasa berada didalam hati saya selamanya” dia kemudiannya melangkah meuju ke keretanya dan mula bergerak. Aku terkedu dengan tindakannya cepat – cepat tersedar dan melangkah ke kereta kemudiannya balik ke rumah “Apa? Kahwin?!” jerit aku. “ ya, kahwin. Dan majlisnya akan berlansung 2 bulan dari sekarang” ucap ayahku tenang. Aku sudah terduduk. Apa semua ni? “siapa pengantin lelakinya, ayah?” tanyaku sedikit berharap “ itu ayah tak boleh beritahu. Ini atas permintaan pihak pengantin lelaki sendiri. Adry akan tahu masa akad nikah nanti. Jangan risau sayang, ayah takkan pilih suami Adry yang bukan – bukan. Lelakinya beriman,sayang. Terima je la ye?” aku melihat wajah ibu dan ayah yang sangat berharap membuatkan aku tidak ada pilihan lain selain daripada mengangguk. Ibu bapaku tersenyum gembira

Crush Bertukar Menjadi Suami 4

7 tahun berlalu.. “ okay, murid – murid. Bukak buku latihan matematik tambahan sekarang.” Arah ku kepada murid – murid Tingkatan 5 Kreatif. Aku sekarang telah berjaya menjadi guru sekolah menengah. Cita – cita ku sejak di bangku sekolah lagi. Kini, aku telah berjaya mencapai cita – cita tersebut. Syiffa? Of course la dah berjaya jadi doctor! Aku tersenyum kecil. Jangan tanya apa – apa pasal suami sebab aku masih single walaupun umur aku sudah mencecah 24 tahun. “Cikgu! Cikgu ni taka da pakwe ke cikgu?” soalan daripada seorang pelajar lelaki yang berada di luar sllybus itu menyentak fikiranku “ err..tak ada” “ tak ada? Tipu la cikgu. Cikgu ni cantik kut takkan la taka da sesiapa berkenan?” tanya pelajar lelaki itu tidak berputus asa “Khairul, dah taka da. Tak ada la.. nak buat macam mana lagi?” jawabku geram. Dia ni kan, ada jugak makan penampar aku. “ Saya kenalkan dengan abang saya nak tak cikgu?” tawar Khairul sambil tersengih. “ Dah.. jangan nak merepek! Buat kerja yang saya bagi tu” Arah aku. Haihh.. macam – macam “ macam mana? Dia dah ada pakwe belum?” tanya seoarang pemuda kepada Khairul. Khairul hanya menggeleng. Pemuda itu mengangguk faham. Merancang strategi untuk mengikat cikgu adiknya itu “Abang Naufal, kenapa abang beriya nak tanya itu ini dekat Cikgu Adry?” tanya Khairul “ dia kawan sekolah abang dulu. Abang dah lama minat kat dia. Sekarang la nak tackle dia” ucap Naufal sambil tersengih. “laaa.. kalau macam tu kenapa tak nak tackle dari sekolah tu je?” “ Banyak perkara berlaku dik. Susah nak tackle dia masa tu” Naufal mengeluh. Kesal dengan perbuatannya dulu.

Crush Bertukar Menjadi Suami 3

Semakin hari, hubungan aku dengan crush aku semakin baik. Kami sering berjumpa. Dia pandai mengambil hatiku. SPM pun sudah lepas aku menjawab. Alhamdulillah! Aku dapat menjawab dengan baik tinggal tunggu keputusan je! Aku memegang erat kotak kecil yang berisi jam tangan. Hadiah ini aku hendak hadiahkan kepada crush aku bersempena hari lahirnya yang ke-17 hari ini. ‘mana dia ni? Cakap nak jumpa dekat sini? Dah 15 minit lewat dah ni? Kejap lagi waktu rehat tamat.’ Aku gelisah menuggunya di sebuah kerusi batu di sebauah taman yang terdapat disekolah ku.ahh.. jalan – jalan dulu laa..aku menuju ke belakang dewan. Saja- saja nak round kat sini. Tiba – tiba aku terdengar beberapa suara lelaki yang sedang bercakap – cakap di sebalik dinding di belakang dewan itu. semakin dia melangkah ke hadapan, semakin kuat suara tersebut yang dapat didengarinya, dia menekapkan telinganya untuk mngetahui butir – butir yang dibincangkan oleh pelajar – pelajar lelaki tersebut.dia tidak dapat melihat muka – muka mereka kerana mereka membelakanginya. “well, kau dah berjaya buat dia jatuh cinta kat kau?” tanya satu suara “ hei, ni Naufal la! Of course la, berjaya!” jawabnya sambil tergelak kuat. Aku tersentak. Naufal?! Berjaya buat jatuh cinta? Siapa yang mereka maksudkan? “sebelum aku bayar kau sebab dah berjaya jalankan misi, aku nak tanya kau satu soalan.” Suara lain pula bertanya “apa?” mendatar nada suara Naufal bertanya “ kau betul kan tak jatuh cinta dengan dia lansung? Sebab dalam perjanjian kita. Kau hanya boleh buat dia jatuh cinta dengan kau dan kau tidak boleh lansung jatuh cinta dengan dia.” Ucap suara yang sama. Kejap! Perjanjian apa ni? Aku semakin bingung. Naufal terdiam lama. “err.. ma..mana ada aku suka kat dia. Dia je yang syok sendiri dengan aku!” Naufal ketawa kuat tetapi itu semua plastik. Hati dia bergetar saat menuturkan kata – kata itu. betul ke aku tak jatuh cinta dengan dia? “ Heyy, apa nama dia?” Tanya suara itu lagi. “ Syazleen Adryana” laju nama itu meluncur di bibir Naufal. Aku terasa duniaku gelap tanpa apa – apa graviti. Kotak kecil yang berada di dalam peganganku terhempas ke lantai sehingga menghasilkan bunyi yang agak kuat. Ketiga – tiga lelaki itu berpaling kea rah ku. Muka Naufal berubah menjadi pucat lesi. Berapa lama Adry sudah berada di situ? Dia dah dengar semuanya ke? Aku terkaku di disitu. Terasa semua bagaikan mimpi. Air mata yang cuba aku tahan, tumpah jua. Aku terus mengesat kasar. Huh, buat apa menangis untuk lelaki yang tak guna ni? Dia permainkan aku? What the..! arghh!! Aku mendongak memamndang kea rah wajahnya. Aku tersenyum sinis. “ puas hati kau kan? Puas?! Ouh, kira kau ni dah berjaya la buat aku jatuh cinta dekat kau atau lebih tepat lagi, syok sendiri hmm? Kau puas la tengok aku menangis macam ni kan? Bagus! Aku berbanyak – banyak terima kasih kat kau atas semua layanan first class kau yang kau bagi kat aku selama ni. Eh, bukan layanan. Lakonan!” air mataku tidak berhenti – henti keluar semasa aku menuturkan ayat tersebut. Naufal pula terkelu kata – kata. First time dia buat seorang gadis menangis begini teruknya. Makwe – makwenya yang dulu pun nangis la jugak tapi tak la seteruk Adry ni nangis. Ya Allah! Apa aku dah buat dekat dia ni?! “ Ad.. saya..err..biar saya terangkan..” “ kau nak terangkan apa lagi? Nak berlakon lagi? Kali ini berapa lagi up payment yang kau bayar dekat jantan tak guna ni? 100? 200?” mataku tajam merenung dua orang lagi rakannya yang juga terkelu melihat drama yang sedang berlansung. Aku tak tahan lama dah. Terus je blah dari situ. Aku duduk di barisan yang ketiga di dalam dewan tersebut bersama Syiffa. Hari ini berlansungnya majlis perpisahan bagi murid – murid Tingkatan 5 pada tahun ini. Hatiku menjadi sayu. Banyak kenangan yang aku telah coretkan di sekolah ini. Ucapan guru besar, guru Tingkatan 5 dan wakil murid amat membosankan aku. Aku memang tak gemar nak dengar ucapan – ucapan orang ni.aku mengeluh bosan! “ okay. Kali ini kita akan dihidangkan dengan acara persembahan dari kumpulan ‘Only Us’ yang terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah kita. Mereka akan mempersembahkan nyanyian yang dipopularkan oleh kumpulan Ne Yo – One in a million” ucap pengerusi majlis itu diiringi dengan tepukan gemuruh. Kumpulan only us? Tak pernah dengar pun. “ wei, Syiffa lagu ni kesukaan aku tau!” bagitahu aku kepada rakanku. “Oh ye ke? Untunglah ada orang yang nak nyanyikan untuk kau.” kata – kata itu keluar laju dari mulut Syiffa. Pantas rakannya itu menutup mulut. Habis terlepas cakap! Aku mengerutkan dahi. Tak faham dengan kata – kata yang keluar dari mulut kawannya itu. matanya kembali menumpukan perhatian kepada 3 orang pelajar lelaki yang sedang berdiri di atas pentas. Bersiap sedia untuk memulakan persembahan. Aku tersentak melihat pelajar lelaki yang berdiri di tengah – tengah pentas itu sambil tersenyum ketika mata kami bertembung, kenapa perlu dia yang menyanyikan lagu kegemrannya itu? dah macam tak ada lelaki lain. Beberapa saat kemudian, mereka memulakan persembahan. Aku sedikit terpengun mendengar suaranya yang merdu. Sumpah, cair! Aku menggelengkan kepala. Ad! Ingat yang dia pernah jatuhkan maruah kau! dia sakitkan hati kau! air mata mula bergenang. Aku sedaya upaya tahan agar tidak jatuh. “ There’s a million girls around but I don’t see no one but you..”serentak nyanyian merdu itu dinyanyikan oleh Naufal, lampu dewan itu terpadam. Hanya ada dua lampu sorot yang tinggal. Aku tersentak. Satu lampu sorot itu terarah kepada Naufal seorang. Dua orang rakannya yang lain hilang entah ke mana. Satu lagi lampu sorot itu terarah kepadaku. Wei, apa semua ni? Apa yang aku nampak sakarang ni hanya Naufal. Aku rasa pun mamat depan aku ni nampak aku seorang je. Dewan memang gelap gelita masa tu. Dia menuruni tangga pentas dan menuju kea rah ku. Kemudiannya pantas dia melutut kea rah ku. Terkedu aku sesaat masa itu. tangannya menyeluk kedalam kotnya. Aku nampak dia mengeluarkan sekuntum ros merah. Dia tersenyum “Girl you’re so one in a million.. you’re.. baby, you’re the best I ever had. Best I ever had..” dia mematikan nyanyiannya di situ. Dia menghulurkan ros merah itu kepadaku. “Awak, saya minta maaf sangat kat awak! Saya lansung taka da niat nak mainkan perasaan awak . nak sakitkan hati awak? Jauh sekali. I tell you now! I really love you!” ujar dia berani mati melafazkan kata – kata keramat itu menggunakan mikrofon. Habis dia melafazkan kata – kata itu. lampu dewan itu kembali terbuka. Aku lihat tiada siapa yang berada di dewan termasuk kawan baikku. Aku terus mengambil begku dan berura- ura untuk melangkah pergi tanpa mengambil ros merah tersebut. Aku berjalan membelakanginya. Belum sempat kaki hendak melangkah pergi. Kedengaran suara itu bersuara lagi. “Syazleen Adryana! Saya betul – betul sayangkan awak. Tolong maafkan saya!” serentak itu beribu – ribu kelopak bunga mawar jatuh dari atas siling. Aku terus terkaku. Banyaknya kejutan pada hari ini. Wajarkah dia memberi kemaafan kepada lelaki itu? aku tersenyum sinis. “ Maaf! Aku tak boleh nak maafkan kau . hati aku masih sakit lagi. Simpan je sayang kau tu elok – elok. Kau tak payah nak berlakon lagi. Aku takkan termakan lagi dengan kata – kata kau tu” usai berkata dia terus melangkah pergi. Naufal tertunduk memandang lantai.

Crush Bertukar Menjadi Suami 2

1 tahun berlalu .. “Adryana!” jerit satu suara. Aku terus berpaling. Kelihatan guru kelasku yang memanggil namaku. Aku yang ketika itu hendak menuju ke perpustakaan sekolah terpaksa berpatah balik menuju ke cikguku. “Ye, kenapa cikgu panggil saya?” tanyaku dengan berhemah. Huh, kalau dengan kawan aku, aku cakap macam ni. Mahu 3 hari 3 malam tak habis – habis gelakkan aku. Skema maut woo.. “ Awak boleh tolong saya tak? Tolong panggilkan anak saya” ucap guru kelasku. “ Eh, anak?” tanyaku pelik. Masa bila pulak cikgu aku ni ada anak kat sini? “ Ye, anak. Takkan awak tak tahu kut? Namanya Amirul Naufal. Kelas Tingkatan 4 Aktif. Sebelah kelas awak je. Awak tak tahu ke saya ada anak kat sini?” tanya guru kelasku kembali sambil tersenyum. “a..anak cikgu, Naufal tu? Err.. yang nakal tu eh?” aku terus menutup mulut. Lailai~ asal boleh terlepas cakap pulak ni? Cikgu Lydia merangkap mak kepada crush aku tu ketawa kecil. “Tak pe la Adry.. nak buat macam mana? Dia tu memang nakal. Saya tak tahu nak ajar macam mana lagi dia tu. Susah betul! Saya harap sangat ada seseorang yang boleh ubah dia. Haihh.. kalau perangai dia ni terbawa – bawa sampai besar nanti, ada ke yang sudi nak jadi isteri dia nanti ?!” rungut Cikgu Lydia. Aku hanya tersengih, “ cikgu, seteruk – teruk seseorang manusia itu pun, dalam dirinya pasti ada niat untuk berubah kea rah kebaikan cikgu. Saya yakin anak cikgu pun pasti ada niat itu juga. Maybe, belum sampai masanya untu berubah?” ujarku panjang lebar. Cikgu Lydia tersenyum. “ kan bagus kalau awak boleh ubah perangai dia” kata Cikgu Lydia perlahan penuh makna. Melihat gurunya seperti mengelamun, dia segera beredar untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh gurunya tadi. Oh, my crush. I’m coming! 1 tahun berlalu ... ( tahun SPM ) Kini, genap 2 tahun aku menyimpan perasaan terhadap crush atau lebih tepat Naufal! Aku mengeluh. Bila agaknya, aku dapat betegur – sapa dengan dia eh? Hari – hari asyik pandang dari jauh je. Bosan la.. “ Syiffa, singgah kelas jap! Aku nak ambil buku la. Tertinggal la pulak” “ kau ni. Asyik tertinggal barang je. Cepat sikit! Nanti lambat.” Aku hanya tersengih. Sampai di mejaku. Aku segera menyelongkar beg aku untuk mengambil buku yang dikehendaki. Eh, mana bukunya? Aku kan dah masukkan beg pagi tadi? Waa. Buku kau jangan nak buat hal sekarang boleh? Dah la cikgunya garang gila bapak! Tak bawak buku. Ketuk ketampi 30 kali di depan kelas. Tak siap kerja sekolah berdiri kat luar kelas sampai habis waktu dia mengajar. Wei, sumpah aku tak sanggup! Aku menyelongkar lagi. Tak ada! Ada orang curi ke? Aku pandang sekeliling kelas yang kosong tiada penghuni selain aku. Kawan aku tu tengah tunggu kat luar. Nak check satu – satu beg? Mana sempat wei! “ Awak cari buku ni ke?” satu tangan menghulurkan sebuah buku. Aku terkedu. Suara tu! Aku kenal suara tu. Perlahan – lahan aku mengangkat kepala melihat pemilik tangan itu. aku menelan liur. Nak pengsan sekarang boleh? Mataku membulat melihat wajah kacak yang berada di depan aku sekarang. “ saya tanya ni. Awak tengah cari buku ni ke?” tanya Naufal kembali sambil tersenyum. Perlahan – lahan aku mengangguk. Lahai..angguk pun susah ke? Apa – apa je la kau ni Adry. “ Nama awak siapa?” tanyanya lagi sambil menyelak – nyelak buku yang masih dalam pegangannya. “Adry..err. Syazleen Adryana.” Jawabku yang masih merenung wajah crush yang berada di depan mataku kini “Syazleen Adryana dari kelas Tingkaran 4 Cemerlang. Okay, good! Ni memang buku awak. Saya jumpa dekat kerusi batu kat taman tingkat bawah tadi. Lain kali, jaga buku elok – elok” pesannya sambil menghulurkan buku itu kepadaku dan terus blah macam tu je. Dalam diam, aku tersenyum kecil. Mataku tidak berkelip memandang surat yang dilipat kemas didalam sampul surat bewarna merah jambu itu. siapa yang bagi ini? Aku terjumpa dalam buku yang crush aku bagi tadi. Takkan la Naufal tu yang bagi kut? Aku terus membuka dan membaca isi kandungan surat itu. Dear Adryana, Saya suka awak! Itu perkara pertama yang saya nak bagitau dekat awak. Sejak kita mula bertentang mata 2 tahun lepas. Hati saya tidak keruan. Jantung saya berdegup kencang melihat mata awak. 2 tahun Adry.. 2 tahun..saya cuba mengenali awak dari jarak jauh. Awak kelihatan begitu menarik bagi saya. Saya tidak menafikan saya memang budak yang nakal. Saya tidak sesuai bagi awak yang terlalu baik. Tapi, saya harap awak sudi menerima cinta saya ini. Salam sayang > Amirul Naufal Aku terkedu membacanya. Rasa tidak percaya pun ada! Dia suka kat aku? Haaa..seronoknya!! aku segera menelefon Syiffa. “ Syiffa, crush aku ada bagi surat kat aku!” ucapku teruja. “crush? You mean, Naufal? Tanya rakanku itu di corong telefon. “haah.” Balasku pendek. “err.. Ad, aku bukan nak halang ke apa. Kau tahu kan Naufal tu playboy? Aku takut kau yang terluka nanti” jawab Syiffa serba salah. “ playboy? Alaa.. biarkan je laa. Aku nak terima jugak. Bukan senang tau dapat peluang yang macam ni” teruja aku membalasnya dan terus mematikan panggilan. Syiffa mengeluh perlahan. Ad.. aku tak nak kau terluka. Aku tak sanggup tengok kau tak boleh lepaskab dia suatu hari nanti sebab aku tahu kau jenis yang setia. Tolong lah. Adry ! jangan terima. Dia playboy!

Crush Bertukar Menjadi Suami 1

Aku merenung ke luar tingkap,memerhatikan keindahan alam yang berada di luar bilik darjah. ‘Haihh. Bosan betul lah English ni !’ gumam hati kecilku. Mataku liar memerhatikan pelajar – pelajar yang keluar masuk dari tandas sekolah. Aku tersentak melihat sekumpulan pelajar lelaki yang berlegar – legar di persekitaran sekolah. “Pergi tandas sampai 6 – 7 orang ? ramainya! Ke diaorang ni ponteng kelas ? jap, aku tak pernah nampak pun diaorang ni ?” soal aku kepada diri sendiri. “Wei, Syiffa! Kau kenal ke group lelaki tu ?” tanya aku kepada rakan baikku, Syiffa yang sedang menyalin nota. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya memadang aku. “Mana ?” aku segera menunjuk kumpulan lelaki tersebut. “ouh, yang tu. Kenal! Diorang tu dikira macam pelajar paling nakal dekat sekolah ni. Diaorang tengah ponteng kelas la tu !” jawab Syiffa kembali menyalin notanya. Aku mengangguk. Mataku masih lekat kea rah seorang daripada kumpulan pelajar lelaki itu. kenapa matanya tidak boleh lari dari wajah itu dia tidak tahu. Muka pelajar lelaki itu putih bersih,tambah dengan rambut spike dia tu.. haishh! Cair kot. Dah la handsome. Tiba – tiba mataku dengan pelajar lelaki itu bertembung. Pelajar lelaki itu tersenyum manis kea rah ku. “Erkk..” wajahku merona merah dan cepat – cepat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kembali. “Adry, macam mana kau boleh pulak tak kenal group lelaki tadi ?” Tanya Syiffa. “ group lelaki ?” tanyaku pelik. “ yup, alaa.. yang tadi kau nampak kat area tandas time BI tadi” “ouh, yang tu eh?” otakku terus terbayang wajah pelajar lelaki yang tersenyum manis kea rah ku tadi. Aku terus tersengih. “Weii, Syazleen Adryana! I’m talking to you, okay ! yang kau tersengih – sengih ni kenapa?” “eh mana ada! Berbalik kepada pertanyaan kau tadi. Macam mana aku tak kenal diaorang? Aku bukannya kisah pun pasal isu – isu lelaki kat sekolah ni pun” jawab aku ringkas. “kau ni rugi tau tak kenal diaorang. Diaorang ni hotstuff! Tengok la ahli group diaorang semuanya handsome – handsome belaka. Lagi – lagi ketua diaraong. Handsome tahap tak ingat!” teruja Syiffa memberitahu. “Ketua group? Yang mana satu orangnya ?” “ Tuu…” tunjuk Syiffa kea rah salah seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan menuju kea rah kantin bersama 2 orang rakannya. Aku terkedu. Dia ? dia lah yang buat aku angau sampai saat ni. Okay,aku setuju. Antara ahli – ahli group diaorang. Dia lah yang paling handsome. “Tapi, dia tu ramai peminat plus awek dia keliling pinggang. Atau lagi senang nak faham, playboy!” aku tersentak. Playboy?! Ini yang aku lemah ni . baru aku nak jadikan crush. Tapi, mamat ni playboy la pulak. Tapi, apa boleh buat ? hati aku dah terlanjur suka dia. Haishh.. hati! Bersedia lah untuk disakiti! Aku tersenyum tawar. “btw, apa nama dia?” tanyaku sedikit teruja. Sengaja menutupi sedih yang mencengkam jiwa. “kalau tak silap namanya, Amirul Naufal !” ringkas jawapan yang Syiffa berikan. Aku tersenyum kecil. Yes, dah tahu nama dia!